Mistyrious: 2013

PBS PMR PBSMR

Hi hari ni last cuti for pmr. Sebab hari ni last pmr. Dari first day cuti sampai sekarang mama bising tak habis sebab mama kata unfair lah budak budak zaman sekarang ni. PMR 9 hari. Cikgu cikgu bagi cuti 9 hari. dibuatnya pmr tuu berdekad lamanya. Dicutikan lah jugak berdekad. Patutnyaa cikgu kena gilir gilir kelas yang cuti bukan straight sampai PMR habis. haha mama mcm tak senang nak tengok aku dekat rumah. Kalau study takpe jugak. haha. Aku dekat rumah suruh baba buat memacam. tadi baba baru buatkan macarons. Benda tu memang comel sangat >,< tapi too sweet lah. first try tak tahu rasa dia cemana sebab ikut resepi dlm blog. Nextime buat kena kurangkan. serious manis sangat -.- dessert kan nama pun manisan memang lah manis. tapi ni terlampauu. aku makan lah jugak sebab terlampau comel lepastu buang haha. pastu tengok lagi, melting lagi makan lagi buang lagi xD

Sebenarnyaa semalam dah habis PMR tapi hari ni yang mana amik arab, tamil, cina  amik paper hari ni. Arab satu paper jee :) Senior comel kita yang bagitahuu. hihi.  Tahun depan aku pulak. Tapi bukan PMR. Sebab PMR tahun ni last.  Nama PMR ni dahh buruk kann? Tapi ni lagi buruk dari nama tu. PBSMR. mengarutt enn? tu ah pasal.  Contohnya macam PBS ni berkhawin dengan PMR lepas tu dapat anak dia gabungkan ah nama jadi PBSMR. Haha okay mengarut. Dah ada PBS  nak ada PMR lagi ~

Amboi sesedap sunquick jee dia buat exam tah pape nihh. ingat budak budak sekarang ni robot ke apaa? habis semua PBS candidates memberontak xD yelaa takdenyaa dorang freedom. Ingat lagi tahun lepas buat PBS sampai esok nak cuti panjang pun still ada PBS hantar tahun depan. haha -.- annoyed sangat. Okay Selamat Berjaya PMR candidates. Buat solat hajat bebanyakk. Doa jangan putus :) Dah habis periksa ni lagi banyak kena buat amal ibadah dengan Allah sebab time ni laa pemeriksa tanda kertas calon kan? Teruskan berjuang ke jalan Allah pulak ;) InsyAllah Dia akan permudahkan segala – galanyaa! bye. Assalamualaikum :D

p/s Jangan tanya aku apa apa pasal blog. sumpah satu benda pun aku tak tahuu. aku kecik kecik main longkang je mana ada main code code bagai ni. buat serabut kepala otakk jee hikhokk. 

Tragedi Tragis

Assalamualaikum. Hye korangg! Sihat? Dah makan? Semalam tido tak? Eh kenapa mcm takde responds? *toleh kiri, tolen kanan* krikk krikk. What a sadlife. Okayokayy berdasarkan tajuk yang telah dipilih di atas saya di sini ingin berkongsi satu tragedy yang tragis lagi menyayat hati.
Memula cemni tauu. Aku dengan membe aku ni naik lah bas sebab masa ni nak balik sekolah. Alaa bas! Takkan tak tahu? Hm tipu ah tak tahu. Google it k :3 haha lepas dah naik bas tu ilekk ilekk ah kejap duduk setting air con biar bagi rasa pakai sit belt *mcm naik kapal terbang kauu* haha tipu lah kan dekat bus ada sit belt. Aku ni pun selalu sangat mengarut. Haha yelaa kalau ada sit belt pun okay what? Terjamin tau keselematan &  keselesaan para penumpang. Nak tahu kami selamat ke tak dalam tragedy tragis ni sila teruskan membaca.
Kiteorang dah naik bus pada awalnya nak duduk belakang belakang. Tu memang port kiteorangg sebab kalau belakang bus kan mcm tinggi sikit tempat sit kann. Alaa mesti tak dapat bayangkan. Hm korang kan anak kaya balik mana naik bus mcm aku. Balik je semua  naik Ferrarri Lamborghini Porche lepas tu tak nak kalah pulak tuu colour kereta semua nak gold biar berkilat kilat lah kan bagi semua orang tengok. Dasar attention sekeer! Cehh haha.
Lepas dah duduk tu driver bus tuu tak gerak lagi. Dia tunggu sampai kalau boleh biar penuh bas tu boleh buat sandwich mahupun sardine di dalam tin. Memang memang dia sengaja nak tunggu ramai! Dia best lahh duduk dekat driver sit tuu. Kiteorang yang penumpang berbayar dan bertauliah ni terpaksa ah bersesak nafas kadang kadang mcm dah tak boleh bernafas sampai nak terpengsan dan perlukan oksigen  masa tu jugak! The moment bila bebudak ni balik sekolah semua ketiak mesti dah lecak kan. lelagi laki dan yang berbadan gempal gempal tuh kann. Pewhh dibuatnya dia berdiri sebelah kita sebab sit full pehh memang hari yang mengindahkan bagi kita kann. Memang takkan lupakan!
Pastu sambil menunggu ikan ikan seterusnya untuk membuat sardine tetiba ada pakcik ni lalu tepi bas. Pastu amik kayu softball dah memang terpacak dekat situ,ehh ehh tak tak tipu tipu tak terpacak pun dia terbaringactually, disebalik semak haha dan warnanyaa sangat menyeramkan! Warna hitam you know! Okay cuma kayu je . Then dia naik  bwak kayu softball tuu jumpa driver bus, strangers *woi kau nak gaduh dengan aku kan tadi* driver bus *eh kenapa ni* strangers tuu tetiba tengok aku pastu kenyit mata. Haha tipu je. Dia pakai spect hitam tuu yang tak nampak mata dia pandang mana. Tipu lagi haha.

Okay sambung. Stranger * kau jangan buat buat taktahu pulak* pamm! Satu pukulan kayu straight kena belakang badan pakcik tu.Aku pun dah mula ah menggelabah pastu membe aku ni pun mcm tak tahu nak buat apa. Memang kiteorang seram gila masa tu. Seram dia lagi teruk daripada korang nak  masuk rumah hantu! Dibuatnyaa kalau pakcik tu belasah sorang sorang yg ade dalam bas tuu. Pastu bila semua dah pengsan dia yg bawak bus. Then bawak lari senang cita mcm culik lahh. Pastu dia amik organ organ kita untuk dijual. Pehh tak dapat aku nak gambarkan lagi masa tuu.  Okay masa tu aku dah macam Eyfaa! Kau boleh tak jangan suka sangat nak imagine benda yang mengarut pada waktu ketika  dan saat  ni. So come back to the reality life, aku mcm nak keluar je tapi tengok pintu belakang  tertutup! Takkan nak pecahkan tingkap pastu terjun pulak. Lastlast pakcik tu tak mampus kena bunuh aku yang Inalillah dulu sebab cubaan bunuh diri.  Dah laa depan mata aku. Takkan aku nak hentikan pergaduhan. Pastu jadi heroin enn masa tuu. Hujung hujung nanti semua mintak amik gambar signature autograph semua pehh siap masuk berita tv3 haha. Tapi sebaliknya, aku sebagai insan  yang lemah hanya mampu melihat pergaduhan yang tragis ni berlaku. Aku pandang belakang mcm kecoh kecoh. Pastu nampak ah sorang senior laki yang badan tough tough tu berdiri kononya gaya dia nak jadi hero lah macam aku jugakk. Kononnyaa! Tapi dia tengok jee sambil buat muka yang strangers tuu akan mati dibom oleh dia sendiri. 


Driver bus * kau dah tahu Samad meninggal* strangers : *eh bilaa?* tetiba dia buang kayu tu ke luar. Driver bus *baru semalam* strangers *ohh samad yang selalu lepak lepak dengan kita tuh kann* lepastuu tadi aku yg mcm mangsa rogol terus berdekak mcm orang kena sawan b*bi sebab pakcik tuu tetiba buat lawak. Dah satu bas ketawakan dia. Pastu pakcik yang tak dikenali tuu tetiba dia tunjuk jari dia dekat kiteorang sambil berkata *kurangajar kau budak ketawakan aku* pastu semua meroyan sound pakcik tuu. Woi buat lawak kepe? Haha gila. Taktentu pasal. Pebenda ah pakcik ni tetiba lakk. Cehh masa ni aku tengok semua cover macho! Puihh.  pepoyo je semua nak sound pakcik tu. Padahal tadi gelisah semacam je macam aku. Jangan nak tipu!   Lastlast pakcik tu bengang sendiri . Pastu driver bus tu halau dia keluar. Lastlast dia keluar dari bus tuu.
Haa tragis kan cerita aku ni? Dah agakk dah. Tak ya cakap dah tahuu. Haha okay that’s all. Menarikkan cerita aku? Confirm ah tengok ah blogger mana. Ceh belagokk. Okay laa saya dengan rasa merendah dirinya ingin menyampaikan pantun sebelum mengundurkan diri.

                Jalan jalan terpijak bapak biawak.
                    Terima kasih sudi membaca J


NOTE : Lepas ni kalau korang nak naik bus pastikan driver bus tu takde musuh atau berdendam dengan sesiapaa! Behati hati di dalam bus. 

Kesusahan mencari rezeki


 Mencari rezeki? Sejak bila aku kerja? Memang nak kerja pun nak beli iPhone haha beriaa kan? hekeleh biar laa :b Mana lahh orang nk amik keje dgn orang mcm aku ni. Sekali tengok ketinggian je dah kena reject enn. Dah la bawah umur nak kerja apa pun tak tahu. Tapi aku ada pengalaman okay kerja dekat bazaar ramadhan. Bapak penat doww. Dah ah penat ramai orang pulak tuu. Tak fikir pulak kan dari petang nak tunggu buka puasa , dekat situu je semata mata nak  tunggu orang datang beli. Susah aww nak cari rezeki ni. Tengok mcm senang, alaa setakat jual jual je apedehal. Padahal susah kott. Dah la memenatkann. Time puasa pulak tuu.  lagi ah banyak dugaan.
Semalam  masa aku tengah feeling feeling baca novel dekat bilik tetiba adik kecik aku tuu datang. Dia kata, *eyfaa baju makan* Haa? Kau suruh makan baju ke? Tak lahh baju pakai makan. Pebende kau dikk bebual. Dia terus ckp dgn mak aku, aku taknak ikut. Oh baru lahh aku tahu dia suruh  aku siap siap tukar baju lepastu pergi makan. Alahaii budak kecik ni, cakap pun tak betul.
Dah siapsiap tuu aku pun keluar lah. Mcm biasa setiap kali nak keluar mesti aku yg paling lambat, yang paling lembab sekali, orang yang kena tutup tv kipas lampu atas bawah semua. Haa aku pun pelik. Aku bukan makeup pun. Pakai tudung bawal pun lambat. Pin muka je kott dah siap. Haihh ntah laa. Pastu masa aku nak cari kasut tengok family aku semua dah dalam kereta. Aku cari cari kasut flat aku takdee! Ada pun satu je yang aku tengah pakai. Lagi sebelahh manaaa. Woi kasut jangan lah kau buat hal. Come to Mamaaa! Dah la aku paling lambat pastu kasut sebelah pulak takdee. Masa ni baru aku terfikir, eh mana selipar aku ek? Dah lama tak  Nampak -.- last pakai pun tak tahu bilaa. Aku rasa ada orang rembat laa. Tapi takkan ah selipar je dia amik. Dah la biar selipar tu mmg dah buruk pun memang patut hilang  mcm tu jeh. So now nak pakai apa? Takkan pakai kasut flat sebelah je? Tengok dekat tempat rak kasut tuu ada wedges aku. Hang gilo nak suhh aku pakai wedges nak pegi kedai makan je. Just nak pegi melantak then balik. Takkan ah nak bersatlistaa sangat kan. Lantak la opss stalistaa ke opss sikap ke apa. Yang penting taknak pakai wedges memalam cenggini. Dah la bape inci tahh. Makan cheesy wedges terasa kenikmatannya dari pakai kasut wedges yang terasa seksanya. Tanya mama ‘ ada Nampak kasut yg ni tak lagi sebelah  ‘ no responds pehh pehh. Memang kalau nak keluar aku tanya mama mana kasut aku pegi sampai satu hari tuu mama kata * dah laa mama malas nak cari kasut eyfa, siapa suruh beli kasut banyak banyak * tetiba pula emosi. apa ni maa? Eyfa beli kasut pun sebab mama yang suruh.

Dah dia suruh beli aku pulak yang kena  marah sebab belambak. Dah tuu asyik hilang je keje. Aku toleh tempat rak kasut, dari kiri kasut everlast line kelabu, kasut line 7, which is my school shoes. Tengok sebelah dia pulak, kasut penguin warna hitam dengan ceklatt. Kasut penguin hitam tuu sesaja je mengada suruh baba beli sebab kalau ade mood nak pakai kasut hitam walaupun takde apa apa jawatan boleh pakai je pegi sekolah. Lagi satu standby kasut putih semua kotor. Kasut hitam tu memang diwujudkan untuk menjadi penyelamat rumah tangga. Ehh apa ni. Haha penyelamat aku jelaa. Kang kasut kotor habis kena tarik dengan Mr. Ngoi -.- tengok ah aku punya pemalas tu tahap apa sampai sanggup beli kasut hitam buat sparepart. Takde ah kasut tuu pun bukan mahal sangat. Aku rasa antara kasut sekolah yg paling murah. Sebab dia mcm kasut bodoh bodoh je. Tapi smart! Aku punya sama pattern dengan kasut penguin tapi nama vlite tak silap.  Usha sebelah dia pulak ada kasut boot, kasut boot yang siap ada stud bawah dia. Tuh pun sekali sekala je pakai. Kalau ada lawan netball time sekolah rendah dulu. Teringat pulak dekat sekolah rendah. Hm rinduu semuanyaa!  Dulu aku active ah jugak. Sekarang langsung tak bersukan. Mcm penagih dadah, tido je tahu haha.  Pastu tengok  lagi ada aku punya wedges. Fikir fikir balik kenapa tahun ni aku beli wedges ek? Sedang kan tahun lepas punya wedges pun tak pernah pakai. Sentuh jelaa pakai bawak keluar,  hang dgan membe langsung tak pakai. Pastu smpai sekrang aku tatahu mana menghilangnya kasut wedges yang tahun lepas. Kenapa paka iwedges? Mungkin aku baru sedar yang aku kena pakai sebab nak nampak tinggi. Habis budak budak kelas  aku tu haa selalu sangat cakap aku katikk. Terasa mcm pendek nak mampus je. Haha nvm.  Bagus eyfa pemikiran awak dah jauh ke depan. Dah matang sekarang ni, tak sangka hikhokk.

Geledah sana geledah sini cari semua tempat takde lastlast ada dalam bakul apa tahh. Tak lain tak bukan ni mesti keje adik akuu. Hasihh aku bom kang! Terus kau tak dpat main dkat  keluar lagi. Dia dah laa suka main dkat luar pakai wedges aku pastu nak baling baling ehh. Hamboii ingat murah ke nak baling baling? Banyak burukk muka kau dikk -__- Dah ada tuu apa lagi takkan dok tercegatt dekat situ eyfa woii. Aku pun masuk ah kereta. Masuk masuk je adik aku yg kecik  tuu tanya, kite nak pergi mana? Nak pegi makan, mama jawab. Ohh nak pegi makan eh, dia sambung. Okay bagus jugak dia tanya. Aku boleh pastikan yang kita memang nak pergi makan takde nak melencong tempat lain.  Tetiba baba bersuara : eh asal tak tutup lampu. Mama : kan eyfa yang last keluar asal tak tutup Me : lupaa ah :3  Aku  rasa perjalanan macam jauh gilaa beb. Nak tahu kenapa? Aku pun  tak tahu kenapa. Bila tengok  tengok area situ. Tempat orang jual basikal. Rupanyaa baba nak amik basikal yang dia nak beli untuk adik aku yg perempuan tu. Bukan basikal, unicycle actually. Padahal dekat rumah ni dah ada 2 unicycle. Tapi tak beli dekat Malaysia,ni first time nak beli dekat sini. Tapi tu pun ada satu  je dkat kedai tu baba cakap. Malang sungguh kerana kedai tu tak  bukak malam ni. Woi dah la jauhh. Perut aku dah berparty rock anthem dalam ni. Boleh pulak tak bukak kedai basikal ni. Pastuu baba pun teruskan perjalanan. Mcm biasa beli engine kereta berhenti dan tatkala baba start balik mesti adik kecik tu tanya lagi, kita nak pegi mana baa? Aku pun tak faham kenapa dia nak tanya banyak kali sedangkan dia tahu apa yang akan orang jawab. Pegi makann, jawab baba dengan bengangnya sebab kedai tutup perut pun dah lapar. Masa one the way tuu ada traffic light.

 Tetiba merah, dekat Malaysia ni kalau sesiapa yang tak tahu dan nak tahu lampu merah for stop kuning bersedia untuk berhenti. Tapi typical Malaysian menganggap kuning untuk bersedia memecutt. Well, parents aku pun selalu buat. Memang pengguna jalan raya yang berhemah. Merah pulakk untuk berheti. Eh merahh dah, salah salah hijau pulak untuk jalan. Duh duhh line wifi aku ni slow laa. Maxis memang cenggini pun. Baru nak tunjuk korang gambar taffic light.  Sorry lah tak dapat nak tunjukkan, search sendiri okay.   Masa tengah tunggu lampu hijau tu adik aku kena marah dengan mama sebab terkinja kinja dlm kereta. Aku nak baca novel pun tak senang. Padan muka kau dikk, tu laa ada mulut tak reti diam. Pastu nak melompat sana sini sawan apa ntah. Eh dah berhenti loading. haha lambat load betul korang ni. sama macam line internet ni. 


This is what we call Traffict Light!

Aku masih mengkaji apa nama sebenar binatang ni .

 Tapi yang ni pelik sikit. aku tak yakin yang ni traffic light. aku rasa ni pokok traffic light yang saintis saintis luar negara baru cipta satu kacukan baru di  antara pokok christmast dgan traffic light. Aku akan update dari semasa ke semasa okay. jangan risau benda ni tak membahayakan planet kita.


Actually ak pegi kedai yang ada dekat facebook tuu. Pengaruh facebook sebaya, dari minggu lepas okay baba ajak makan sana tapi tak bukak. Hari ni pun tak bukak lagi. Woi apa guna ada kedai kalau tak bukak. Cemana anak melayu nak maju kalau kedai makanan pun tak reti bukak hari hari. Mana pelanggan nak datang. Dekat facebook pompangpompang cite mcm sedap sangat makanan kau. Orang datang nak rasa kau tak bukak pulakk. aku tengah lapar nyaa lagi bertambah lapar bila kedai tuu tak bukak. Pastu daripada Mount Astin gerak kampung melayu  balik sebab nak makan steamboat. Macam biasa adik aku menjalankan tugasnya, kita nak pergi mana ni? Aku rasa adik memang dilahirkan untuk menanyakan soalan yang sama setiap masa. Masa tuu semua fadeup nak jawab. Baba *awak boleh diam tak amrie  pening la baba tengok awak asyik tanya benda sama je* haa kannn kena marah lagi. Padahnya kepoh sgt mulut tuu. Zipp kejap tak boleh eh? Erghh. Baca novel puya baca punya baca, finally! Sampai pun tempat tuu. Tapi, tapi, tapi tak bukak doww apak ah baik balik masak mi sedap dah kenyang dah kalau semua kedai taknak bukak malam ni baik takya keluar makann. Kenapa tak contact aku jee kalau korang taknak bukak kedai malam ni, takde aku kelaparan mcm ni sekali. Pastu mama kata makan dekat depan pejabat pos lahh,  You know what readers!? Adik aku tanya soalan sama lagi. Nak pergi mana ni, muka dia tenang je bila tanya soalan tu. Aku yang bosan dengar pertanyaan dia! Dah malas takde siapa layan dia. pastu baba berenti dekat depan masjid.  Adik aku tanya lagi, kita nak semayang eh baa? Haha aku tersenyum. Budak kecikk ni ada je dia nak tnya. Tengok sekeliling, Aik aikk aikkk, aku dengar pejabat pos. cemana boleh berhenti dekat masjid ni. Oh rupanya baba kata ada pasar malam so susah nak cari parking. Tapi mama nak jugak makan sana. Bagi aku dah berhenti tu masuk jelaa, kena lintas je bukannya kena harungi lautan deras lautan api , padang pasir  ke apa. Masuk balik keretaa pegi lah tempat yg mama nak pergi, adik aku dorang ni dah lama dah tidur. Mula mula yang pompuan tu sandar dekat adik yg laki, yg adik laki tu sandar dekat bahu aku, wehh aku nak sandarkan apa.? Ah takde takde aku sandar je dekat kepala amrie. Haha baru ada tempat landing. Dah sampai tempatnya nak tahu tak ya allah aku dah menyirap je dari tadi kan, haha takde ah action je. Actually bukak je kedai tuu. Memang susah pun nak cari parking sebab ada pasar malam. Mama tulaa nk jugak makan sini. Okay layan bukan aku yangdrive pun. Dah malas aku nak type yang adik aku asyik tanya jee. Mesti korang pun dah bosan kan? haha  lol.  Dah turunn tu cari ah tempat makan aku ikutt jelaa. Dah ngantok gila dok, kalau kedai ni ada sediakan katil dah lama aku terlentang dekat situ jugak tanpa segan silu. Haha teruk perangai. Kedai dia sebelah sbelah so mcm panjang lah kan, masa nak jalan tuu aku dah malas nak bukak mata. Ngantok gila bhaii. Pastu ada budak laki ni tengok aku mcm dalam hati dia cakap *apa punya pompuan laa, nak makan pun malas macam nak tidur* pastu pandang aku atas bawah eh. Pehh pehh aku pun badi jelaa dia. Dalam hati aku mcm nak baling bom atom je dekat meja makan dia. Kalau aku bom kedai ni mesti sorang pun takde yang selamatt. Aku rasa aku pun mati sekali HAHA. 
Tetiba dalam aku tengah panas dgn budak laki tuu, hati aku lagi panas bila family aku masuk kereta balik, eh masuk balik? Pahal pulak nihh >< dorang kata mcm takde makanan yang nak dimakan. Aku tengok ada je semuaa. Layan ah layann. Lastlast pegi jugak yg dkat depan masjidd tuu. Memang patut pun mama taknak makan sini. Dah laa tak sedap steamboat dia rasa apa tahh. Tapi dia tulis Yong Tau Fu. Chopp. *sejak bila aku main kejar kejar  ni *  Apa beza steamboat dgan Yong Tau Fu?  Yang tu aku tak pasti yang aku pasti benda tu makanan. Sate pun tak sedap, mee goreng pun tak sedap. Senang cerita semuaa laa. Aku makan mcm nak taknak je. Sate tuh aku makan satu je sebab tuh pun baba yang suruh makan. Aku mmg dah tahu tak menyelerakan sungguh sate tuu mcm dah kena panggang 45 kali dia punya warna tuu. Dah balik tu pun adik aku still tanya lagi, nak pergi mana maa? Mama pun tengok muka dia dalam dalam cakap baik baik, nak balik rumah, lepas tu tengok tv, dah tengok tv, tidur, esok pepagi bangun. Ohh. Dia berhenti bertanya. 




PERFECT CONCLUSION : Budak kecik memerlukan jawapan yang complete untuk soalan yang  simple. 

My Lovely Siblings


Assalamualaikum and hi there! Just a short update for today.
Okay siapa yang tak sayang adik beradik sendiri? Ofcoarse lah sayang kan? tapi dalam sayang sayang tu mesti selalu bergaduh bertumbuk bersepak terajang bermaki hamun berkelahi apa semua ber ber keluar kann? Tipu ok siapa tak pernah gaduh dengan siblingssendiri. Aku cuma percaya kalau dia anak tunggal memang takkan gaduh dengan adik beradik dia. Sebab apa?  sebab dia anak tunggal lah! Mana nak ada adik beradik enn? Haa faham kan? okay korang tak bodoh, korang tak bodoh. Sayaa tak bersalah saya tak bersalah *gossip gossip sikit* okay gossip tu semua  takde kena ngena dgn entry kali ini ye kengkawan sekalian. Saja selitkan. Nak buat bahan melawak. Kelakar kan? HAHA. Ehh asal tak ketawa? Ada yang buat muka pelik? Kenapa?  tak kelakar eh? Okay tak jadi sebab saya bukannya dalam Super Spontan nak bwat lawak. Siapa jugakk yg ckp aku peserta SuperSpontan? Dan siapa jugak yang suruh aku buat lawak? Haha mula tanya diri sendiri. Suddenly tefikir jawapan bernas. Ini blog siapa? Aku kan? haa sukati ah nak cerita apaa. Tak salah kan? siapa jugak cakap salah -__- haha okay pelikpelik lahh aku ni.

Memang kenyataan kalau sehari tak gaduh dengan adik beradik memang tak sah. Asal jumpa mesti nak gaduh apa semua kan. Ini fakta bukan auto. Eh bukan auto, auta. Manusia memang selalu melakukan kesilapan. Mohon diberi keampunan :\ bila dah gaduh gaduh tuu  nanti mulalah ada suara suara sumbang mengatakan, korang ni dah mcm anjing dengan kucing dah aku tengok.  Dan tentu sekali lah yang kucing itu aku! Dan anjing? Haha fikir sendiri. Kerja aku memang nak kutuk orang je kalau boleh. Mcm perfect sangat. Memang eyfa tu mmg cmtu. Aku benci gila dekat dia okay! Bermulalahh satu perperangan dunia ketiga yang sengaja  dicetuskan oleh adik aku yang mcm tak betul tu. Tapi berperang dengan adik aku memang tak termasuk dalam list hari ni. Bila fikir balik aku memang dilahirkan untuk bergaduh dengan dia. So aku memang patut berperang dengan dia! Mcm bodoh kalau aku biarkan dia pijak kepala. Cehh. Mulut dia ni sejak balik sekolah memang tak geti diamm! Sebab apa? Sebabdia tu laaa. Bangga sangat dengan rumah pasukan dia yang dapat nombor satu tahun ni. And bekas rumah pasukan aku kalah terok.

 Aku macam, ehh  wadehelmett. apa masalah kau? Aku tak kisah pun laa kalau kalah ke apa. Menang pun tak dapat apa kan? Then dia seboleh boleh mcm nak bersungguh sungguh menyatakan kumpulan dia menang apa semua. Pastu nak bahan aku sebab benda yang tak munasabah. Pasal ni pun nak gaduh kan? haha okay malas layan. Aku berfikiran kalau aku mendiamkan diri dia diam jugak lelama. Okay lets say laa. Contohnya mcm anjing, contoh skrang ni kita gunakan anjing. Tapi tak cakap adik aku anjing kay? Haha. Contoh anjing yang kuat menyalakk , lepastuu lelama  sure dia diam jugak kan? sebab penatt bukak mulut bebesaww nak menyalakk tak tentu pasal. Bukan orang peduli pun. Aku pun fikir ah cmtuu. Tapi tak wehh.

Dia ni ada kuasa beto ke cemana ni? Dari tadi tak henti cakap. Mengalahkan anjing! Haha dari tadi aku cakap pasal anjing tak habis. Dah kenapaaa! Dia punya hyper sampai satu tahap dia nak ckp kalau boleh betul betul  depan depan mata aku. Bila dia dekatkan muka dia dekat aku sambil menjerit aku dah hilang sabar. Apa aku nak buat ni?  rasa mcm nak hentak kepala kau dekat atas meja, takpun tumbuk mukaa kau lelaju nonstop. Bila fikir balik aku patut cipta satu bom nuclear  dan masukkan dalam mulut kau dikk. Tak pun amik lighter bakar je  mulut kau. Settle. Senang keje aku ! Kita bakoo jeww. Mana lagi kejam? Tapi kekejaman itu tidak bermaksud hanya pada perbuatan yang kasar, kekejaman juga boleh dilakukan dengan cara yang halus dan mampu memberi tekanan pada musuh tapi tidak kepada sipejuang. Bila kekejamaN dilakukan si pejuang  akan bersorak kegembiraan mengalahkan budak lima tahun dapat tora tora. Tora tora tuu dulu belambak laa weh orang jual. Sekarang ni mana ada dahh. Bebudak sekrang kan main iphone, tab, ipad je doww. So agak susah sedikit lah nak cari natang tora tora ni.
Tak tahu apa eh? Okay sila lihat gambar di bawah. 
                            
                        
TORA! DINDANG! Dulu ada iklan dia sekarang dah takdee. 
Tadaaa! Ni lahh dia tora tora. Nak tahu? Kecik kecik dulu kita selalu beli dekat umah nenek kita, ada satu pakcik ni jual. Masa dulu benda ni bersepah. Dekat memana ada. Benda ni best tauu. Dalam kotak tu ada mainan yang boleh kita psang pasang lagi satu packet pulak ada 3 biji chocolate. Masa kecik kecik tu jugak lah aku sering ditipu. Menann  je banyak! Ceklatt dapat 3 biji je. Puih kekedutt betul . eh silap kedekut.  Mungkin kalau ada jual sekarang dapat satu biji je dangan harga yang mahal. Haha maybe. Tapi mainan dlm kotak tu mesti iphone 5 , iphone 5S, iphone 5 C. dengan note 3. Pehhhh gila ah. 

Macam aku cakap tadi, aku gunakan kekejeman dengan cara yang halus, macam mana? Bila dia dah letak muka dia depan mata aku, aku ilekk ilekk je. Tolak tepi muka diaa mcm aku tolak belacan bila orang bagi. Okay nak bagi tips ni. Sila pakai glove bila nak makan nasi dengan belacan. Sekian. Bila aku tolak lembut muka dia aku pun turun bawah amik lauk daging masak rendang yang mama aku masak tuu terus lari macam Usian Bolt lompat tangga mcam ninja buat backflip *okay ni tipu* atas lantai sambil tangan memegang rending not rending its rendang! Maaf typo. Rendang mama aku sedap tau! Anomnomnom. Bila  dah sampai aku lumurkan dekat muka dia mcm lumurkan kunyit bila nak goring ikan. Nampak tak typo aku? Goreng bukan goring bukan juga gorilla.

 Tahu kan kunyit? ke tak pernah tolong mak dekat dapur? Yang ni gurau :p Fyi kunyit bukan untuk lumur dekat ikan je. Boleh buat another traditional treatment for your face. Alaa alaa masker gituu. Nak tahu? Tak percaya? Google for detail.   Okay abaikan. Haa mcm tu lah aku tenyeh dekat muka dia. Ternyata kepuasan yang ditunggu tunggu telah tiba. Pada saat ini aku rasa macam orang paling bahagia dalam dunia. Aku punya rasa bahagia dia tu macam orang campak iphone dari atas langit. Kira mcm hujan iPhone. Cemtuu ah rasa diaa. Aku pun apa lagi ketawa ah terguling guling tengok dia cemtuu. Bagaikan tak ingat dunia ini Allah yang punya,  tetiba aku pusing belakang adik tonyoh something dekat muka aku.

Okay that time aku mcm eh belas dendam eh? Okay takpe. Tapi mata aku pedihh gila beb. Aku suspect dia letak cili T.T Serious pedihh. Pehh kesian aku. Aku dah basuh muka apa semuaa aku ilekk kejap. Tengok adik dah ketawa sebijik mcm mana aku ketawakan dia. Okay baru aku rasa mcm mana diketawakan oleh adik beradik sendiri.  Tengok tepi ade mama punya cream cake. Ting! Idea dating , okay idea tak pernah berdating dengan idea yang lain. Ini hanya typo  yg muncul  tanpa disedari.  Then aku datang tempat dia aku pulak aku tenyeh tenyeh tonyoh tonyoh *wait* apa beza dedua natang ni? Ntahh aku pun tak pasti, yang aku tahu sama je tapi tenyeh legi sopan dari tonyoh. Cehh boleh eh gitu? Haha pape je lah kann.  Kalau nak ikutkan nak je letak sampai rambut rambut dia bagi dia mandi cream sikittt. Warna pink kott? Bagi highlight rambut dia pun okay jugakk enn. Pastuu tengok tangan aku dah pink se pink pink tidak. Try cari dkat kamus ada ke perkataan *se pink pink * mesti takde HAHA. Tanpa tunggu tindak balas dari dia. Mana laa tahu dia nak kejekan aku lagi ke apa. Aku amik langkah berjaga jaga terus masuk bilik kunci pintu. Safety place ever . pastu lama jugak ah nak dekat maghrib gitu baru aku keluar sebab petang tuu parents aku baru balik entah dari mana kemana mereka pergi. So aku keluar parents dah ada. Tak berani lah adik aku nak buat tunjuk perasaan dekat depan dorang. Game over. Sape menangg? Aku lah sebab aku dapat buat dia dua kali . Dia? Cuma buat aku sekali je. 2 -1 yeayy! The win goes to me.  Kito monang kito monang yoww! Aku happy gila okay. Adik aku punya muka mcm tak puas hati je haha biarkan la dia. Dia yang menempah maut sebelum ajal. Sorry aku tipu korang kata entry ni pendek je. Padahal panjang nak mampus. Kesian korang kena baca pepanjang cmni. Dah laa tak best. Haha sorry again!


PERFECT CONCLUSION : Sebelum mencari pasal pastikan lawan anda adalah  seorang yang penyabar dan juga penyayang.




Si Budak Baru Berblogger

Pabila ku melihat ianya bediri megah di bumi yang indahh.. Okay over kan blogger baru macam aku ni memang kalau nak start type takde nak bermukadimah atau lebih baik lagi bagi salam dulu ke apa. Memang terus nak cut the crap and just straight to the point! What a weird girl  -.-  *tutupmuka*

So sebelum aku lupa, know what aku ni memang pelupa. Memang cepat sangat lupa. Aku ni pun memang bengap sikit. Hentuk lah kepala aku dekat dinding  banyak kali. Memang tak hilang penyakit pelupa aku nii *dah sah sahh lah tak hilang makin pelupa adalahh* Dah teruk tahap kronik kalau dibiarkan kena tahan wad silap silap masuk ICU berbulan bulan dan tak lama kemudian. Okay tak nak sambung.

 Haha  sebelum hidupku di telan usia, sebelum orang menguap tutup mulutnya, sebeleum orang kentut berteraburan, sebelum orang batuk berdarah baca statement aku yg mcm sakai ni. Hikhik sorry readers. *ceh mcm ada je org baca blog aku*  For the beginner I too excited. Sorry okay alaa sorry laa. Just nak cakap Assalamualaikum je : ) 


Kecoh  kepoh hurahara mcm baru lepas hujan gerimis ribut taufan tsunami melanda just nak ckp tuu je? Its okay memberi salam sunat menjawab wajib kan kann? Jalankan tanggungjawab anda. Cehh dah mcm nasihat untuk penunggang jalan raya pulak. Okay pelik sikit. Aku memang sentiasa dalam keadaan memelikkan.
Act berdebar senanya nak type blog ni. Dedo rasanyaa.  Haihh yelaa yelaa lepas ni nak type relax relax je. Takde ah gemuruh hatiku sampai cemni sekali. Haha ayat aku nak kemana kan? nak ke paris gitu :* hanya dengan kata kata tak boleh sampai Eiffel Tower tauu! Kena berusaha belajar mengejar impian dan cita cita untuk mengorak langkah maju kehadapan membina kehidupan mewujudkan kekeluargaan  haa haa apa an an aku sebut ni?

Dah dahh. Satu je nak cakap, Hopefully one day dapat pegi Eifel Tower dengan my future husband wannabe! Then amik gambar sweet sweet tapi tak nak too sweet nanti kencing manis pulak, sudahh kena potong kaki potong tangan haa segala apa yang boleh dipotong .

Before that kalau korang macam blurr blurr taktahu Eifel Tower tu apa boleh tengok sini. Haa yang dekat mari rapat! yang rapat mari dekatt! ehem *tukar suara shila ruslyy                                                               

Cantik bukan? Siapa je yang taknak pergi :O
Okay sesungguhnya hati ini memang jealous k melihat photo album kepunyaan mama yang ada banyak gambar honey moon dorang masa dkat sana. *ceh sana mcm dkat blakang uma nenek aku je* Nanti dah tua tua jadi nenek tua kerepott boleh tunjuk dekat anak cucu cicit cocot semua laa. Masa tu kan kena action lebih sikit. Speaking omputeh . Muka memainkan peranan. Pergerakan tangan tu penting! amboi jahh dah mcm nak masuk syarahan peringkat daerah kauu! pastu cerita laa apa jee yang sweet memories dekat sana semua. That time kena buat expression muka yg boleh buat cucu aku mcm beriyaa bergembira berseronok nak dengar aku cerita. Erkkk tu pun kalau ingat lah semua benda tuu *hentak kepala dekat dinding* apa nak cakap tadi ek?  See? lupa sudahh ohmyy. Terlalu banyak imagination yang berlaku di sini. Okay lets stay with that topic. Dah terlajak tersadai tersesat  jauh ni. Haduii susah lah  ceni. Nak cerita lain benda lain yg diceritakan. Sampai bila nak habis? Kannn. Dah jenuhh aku type panjang panjang cemni. Kalau ada orang baca takpe jugak. Takkde pun takpe jugak. Okay ayat keling  mcm bangla nepal yang selalu berpeleseran di  tepi jalan bersweet sweet berpegangan tangan berpelukan bercumbuan ber opss opss.


Terlebih dahh nii!
Ni nak cerita pasal parents aku yg dok pegi honeymoon ke negara ongputeh sana. Dorang *parents aku, takkan parents nenek korang pulak* tunjukkan gambar dekat satu album ni. Semua gambar gambar masa ma parents honeymoon. Heii sweet sweet maa `~ Tu ah jealous sangat tuu. Hmm memintak lah hajat aku tercapai ek? Ek? Ek? Ek? Apa tahh aku ni suka sangat cakap ek. Well orang JOHO ek? Memang suka cemni ek? Tapi tak semua ek? Seturn lahh ek? Okay stop with that ek ek ek here!Okaybye. TTYL ! GTG! SYS! Ajett ajett kan aku nak shortform cmni . haha okay bye again. Penat jari mnype eh ada ke that menype words? Blablabla. IDC! Okay penat jari menype lagi penat readers membaca. *berangan* dah laa eyfaa blog kauni takde org baca. Dah la ayat kau merepek je dari start sampai habis. Kau tak layak jadi blogger kau tahuuu. Wake up eyfa wakeup! Buka mata anda besar besar! Ingat buka mata je! Haha dah dahh bye byeee  uolss :DNi nak cerita pasal parents aku yg dok pegi honeymoon ke negara ongputeh sana. Dorang *parents aku, takkan parents nenek korang pulak* tunjukkan gambar dekat satu album ni. Semua gambar gambar masa ma parents honeymoon. Heii sweet sweet maa `~ Tu ah jealous sangat tuu.

Hmm memintak lah hajat aku tercapai ek? Ek? Ek? Ek? Apa tahh aku ni suka sangat cakap ek. Well orang JOHO ek? Memang suka cemni ek? Tapi tak semua ek? Seturn lahh ek? Okay stop with that ek ek ek here!
Okaybye. TTYL ! GTG! SYS! Ajett ajett kan aku nak shortform cmni . haha okay bye again. Penat jari mnype eh ada ke that menype words? Blablabla. IDC! Okay penat jari menype lagi penat readers membaca. *berangan* dah laa eyfaa blog kauni takde org baca. Dah la ayat kau merepek je dari start sampai habis. Kau tak layak jadi blogger kau tahuuu. Wake up eyfa wakeup! Buka mata anda besar besar! Ingat buka mata je! Haha dah dahh bye byeee  uolss :D 



PERFECT  CONCLUSION : Tak salah nak cuba benda baru, mencabar diri sendiri membuat sesuatu benda yang pastinya menyeronokkan harihari kita sendiri.

testt



Assalamualaikum tester sat noh , owner bloggies ni satu hapak pun tak update . kiki oky testtttt

Hello , apa khabar

<3 aku tahu apa nak update :P