Mistyrious: Kesusahan mencari rezeki

Kesusahan mencari rezeki


 Mencari rezeki? Sejak bila aku kerja? Memang nak kerja pun nak beli iPhone haha beriaa kan? hekeleh biar laa :b Mana lahh orang nk amik keje dgn orang mcm aku ni. Sekali tengok ketinggian je dah kena reject enn. Dah la bawah umur nak kerja apa pun tak tahu. Tapi aku ada pengalaman okay kerja dekat bazaar ramadhan. Bapak penat doww. Dah ah penat ramai orang pulak tuu. Tak fikir pulak kan dari petang nak tunggu buka puasa , dekat situu je semata mata nak  tunggu orang datang beli. Susah aww nak cari rezeki ni. Tengok mcm senang, alaa setakat jual jual je apedehal. Padahal susah kott. Dah la memenatkann. Time puasa pulak tuu.  lagi ah banyak dugaan.
Semalam  masa aku tengah feeling feeling baca novel dekat bilik tetiba adik kecik aku tuu datang. Dia kata, *eyfaa baju makan* Haa? Kau suruh makan baju ke? Tak lahh baju pakai makan. Pebende kau dikk bebual. Dia terus ckp dgn mak aku, aku taknak ikut. Oh baru lahh aku tahu dia suruh  aku siap siap tukar baju lepastu pergi makan. Alahaii budak kecik ni, cakap pun tak betul.
Dah siapsiap tuu aku pun keluar lah. Mcm biasa setiap kali nak keluar mesti aku yg paling lambat, yang paling lembab sekali, orang yang kena tutup tv kipas lampu atas bawah semua. Haa aku pun pelik. Aku bukan makeup pun. Pakai tudung bawal pun lambat. Pin muka je kott dah siap. Haihh ntah laa. Pastu masa aku nak cari kasut tengok family aku semua dah dalam kereta. Aku cari cari kasut flat aku takdee! Ada pun satu je yang aku tengah pakai. Lagi sebelahh manaaa. Woi kasut jangan lah kau buat hal. Come to Mamaaa! Dah la aku paling lambat pastu kasut sebelah pulak takdee. Masa ni baru aku terfikir, eh mana selipar aku ek? Dah lama tak  Nampak -.- last pakai pun tak tahu bilaa. Aku rasa ada orang rembat laa. Tapi takkan ah selipar je dia amik. Dah la biar selipar tu mmg dah buruk pun memang patut hilang  mcm tu jeh. So now nak pakai apa? Takkan pakai kasut flat sebelah je? Tengok dekat tempat rak kasut tuu ada wedges aku. Hang gilo nak suhh aku pakai wedges nak pegi kedai makan je. Just nak pegi melantak then balik. Takkan ah nak bersatlistaa sangat kan. Lantak la opss stalistaa ke opss sikap ke apa. Yang penting taknak pakai wedges memalam cenggini. Dah la bape inci tahh. Makan cheesy wedges terasa kenikmatannya dari pakai kasut wedges yang terasa seksanya. Tanya mama ‘ ada Nampak kasut yg ni tak lagi sebelah  ‘ no responds pehh pehh. Memang kalau nak keluar aku tanya mama mana kasut aku pegi sampai satu hari tuu mama kata * dah laa mama malas nak cari kasut eyfa, siapa suruh beli kasut banyak banyak * tetiba pula emosi. apa ni maa? Eyfa beli kasut pun sebab mama yang suruh.

Dah dia suruh beli aku pulak yang kena  marah sebab belambak. Dah tuu asyik hilang je keje. Aku toleh tempat rak kasut, dari kiri kasut everlast line kelabu, kasut line 7, which is my school shoes. Tengok sebelah dia pulak, kasut penguin warna hitam dengan ceklatt. Kasut penguin hitam tuu sesaja je mengada suruh baba beli sebab kalau ade mood nak pakai kasut hitam walaupun takde apa apa jawatan boleh pakai je pegi sekolah. Lagi satu standby kasut putih semua kotor. Kasut hitam tu memang diwujudkan untuk menjadi penyelamat rumah tangga. Ehh apa ni. Haha penyelamat aku jelaa. Kang kasut kotor habis kena tarik dengan Mr. Ngoi -.- tengok ah aku punya pemalas tu tahap apa sampai sanggup beli kasut hitam buat sparepart. Takde ah kasut tuu pun bukan mahal sangat. Aku rasa antara kasut sekolah yg paling murah. Sebab dia mcm kasut bodoh bodoh je. Tapi smart! Aku punya sama pattern dengan kasut penguin tapi nama vlite tak silap.  Usha sebelah dia pulak ada kasut boot, kasut boot yang siap ada stud bawah dia. Tuh pun sekali sekala je pakai. Kalau ada lawan netball time sekolah rendah dulu. Teringat pulak dekat sekolah rendah. Hm rinduu semuanyaa!  Dulu aku active ah jugak. Sekarang langsung tak bersukan. Mcm penagih dadah, tido je tahu haha.  Pastu tengok  lagi ada aku punya wedges. Fikir fikir balik kenapa tahun ni aku beli wedges ek? Sedang kan tahun lepas punya wedges pun tak pernah pakai. Sentuh jelaa pakai bawak keluar,  hang dgan membe langsung tak pakai. Pastu smpai sekrang aku tatahu mana menghilangnya kasut wedges yang tahun lepas. Kenapa paka iwedges? Mungkin aku baru sedar yang aku kena pakai sebab nak nampak tinggi. Habis budak budak kelas  aku tu haa selalu sangat cakap aku katikk. Terasa mcm pendek nak mampus je. Haha nvm.  Bagus eyfa pemikiran awak dah jauh ke depan. Dah matang sekarang ni, tak sangka hikhokk.

Geledah sana geledah sini cari semua tempat takde lastlast ada dalam bakul apa tahh. Tak lain tak bukan ni mesti keje adik akuu. Hasihh aku bom kang! Terus kau tak dpat main dkat  keluar lagi. Dia dah laa suka main dkat luar pakai wedges aku pastu nak baling baling ehh. Hamboii ingat murah ke nak baling baling? Banyak burukk muka kau dikk -__- Dah ada tuu apa lagi takkan dok tercegatt dekat situ eyfa woii. Aku pun masuk ah kereta. Masuk masuk je adik aku yg kecik  tuu tanya, kite nak pergi mana? Nak pegi makan, mama jawab. Ohh nak pegi makan eh, dia sambung. Okay bagus jugak dia tanya. Aku boleh pastikan yang kita memang nak pergi makan takde nak melencong tempat lain.  Tetiba baba bersuara : eh asal tak tutup lampu. Mama : kan eyfa yang last keluar asal tak tutup Me : lupaa ah :3  Aku  rasa perjalanan macam jauh gilaa beb. Nak tahu kenapa? Aku pun  tak tahu kenapa. Bila tengok  tengok area situ. Tempat orang jual basikal. Rupanyaa baba nak amik basikal yang dia nak beli untuk adik aku yg perempuan tu. Bukan basikal, unicycle actually. Padahal dekat rumah ni dah ada 2 unicycle. Tapi tak beli dekat Malaysia,ni first time nak beli dekat sini. Tapi tu pun ada satu  je dkat kedai tu baba cakap. Malang sungguh kerana kedai tu tak  bukak malam ni. Woi dah la jauhh. Perut aku dah berparty rock anthem dalam ni. Boleh pulak tak bukak kedai basikal ni. Pastuu baba pun teruskan perjalanan. Mcm biasa beli engine kereta berhenti dan tatkala baba start balik mesti adik kecik tu tanya lagi, kita nak pegi mana baa? Aku pun tak faham kenapa dia nak tanya banyak kali sedangkan dia tahu apa yang akan orang jawab. Pegi makann, jawab baba dengan bengangnya sebab kedai tutup perut pun dah lapar. Masa one the way tuu ada traffic light.

 Tetiba merah, dekat Malaysia ni kalau sesiapa yang tak tahu dan nak tahu lampu merah for stop kuning bersedia untuk berhenti. Tapi typical Malaysian menganggap kuning untuk bersedia memecutt. Well, parents aku pun selalu buat. Memang pengguna jalan raya yang berhemah. Merah pulakk untuk berheti. Eh merahh dah, salah salah hijau pulak untuk jalan. Duh duhh line wifi aku ni slow laa. Maxis memang cenggini pun. Baru nak tunjuk korang gambar taffic light.  Sorry lah tak dapat nak tunjukkan, search sendiri okay.   Masa tengah tunggu lampu hijau tu adik aku kena marah dengan mama sebab terkinja kinja dlm kereta. Aku nak baca novel pun tak senang. Padan muka kau dikk, tu laa ada mulut tak reti diam. Pastu nak melompat sana sini sawan apa ntah. Eh dah berhenti loading. haha lambat load betul korang ni. sama macam line internet ni. 


This is what we call Traffict Light!

Aku masih mengkaji apa nama sebenar binatang ni .

 Tapi yang ni pelik sikit. aku tak yakin yang ni traffic light. aku rasa ni pokok traffic light yang saintis saintis luar negara baru cipta satu kacukan baru di  antara pokok christmast dgan traffic light. Aku akan update dari semasa ke semasa okay. jangan risau benda ni tak membahayakan planet kita.


Actually ak pegi kedai yang ada dekat facebook tuu. Pengaruh facebook sebaya, dari minggu lepas okay baba ajak makan sana tapi tak bukak. Hari ni pun tak bukak lagi. Woi apa guna ada kedai kalau tak bukak. Cemana anak melayu nak maju kalau kedai makanan pun tak reti bukak hari hari. Mana pelanggan nak datang. Dekat facebook pompangpompang cite mcm sedap sangat makanan kau. Orang datang nak rasa kau tak bukak pulakk. aku tengah lapar nyaa lagi bertambah lapar bila kedai tuu tak bukak. Pastu daripada Mount Astin gerak kampung melayu  balik sebab nak makan steamboat. Macam biasa adik aku menjalankan tugasnya, kita nak pergi mana ni? Aku rasa adik memang dilahirkan untuk menanyakan soalan yang sama setiap masa. Masa tuu semua fadeup nak jawab. Baba *awak boleh diam tak amrie  pening la baba tengok awak asyik tanya benda sama je* haa kannn kena marah lagi. Padahnya kepoh sgt mulut tuu. Zipp kejap tak boleh eh? Erghh. Baca novel puya baca punya baca, finally! Sampai pun tempat tuu. Tapi, tapi, tapi tak bukak doww apak ah baik balik masak mi sedap dah kenyang dah kalau semua kedai taknak bukak malam ni baik takya keluar makann. Kenapa tak contact aku jee kalau korang taknak bukak kedai malam ni, takde aku kelaparan mcm ni sekali. Pastu mama kata makan dekat depan pejabat pos lahh,  You know what readers!? Adik aku tanya soalan sama lagi. Nak pergi mana ni, muka dia tenang je bila tanya soalan tu. Aku yang bosan dengar pertanyaan dia! Dah malas takde siapa layan dia. pastu baba berenti dekat depan masjid.  Adik aku tanya lagi, kita nak semayang eh baa? Haha aku tersenyum. Budak kecikk ni ada je dia nak tnya. Tengok sekeliling, Aik aikk aikkk, aku dengar pejabat pos. cemana boleh berhenti dekat masjid ni. Oh rupanya baba kata ada pasar malam so susah nak cari parking. Tapi mama nak jugak makan sana. Bagi aku dah berhenti tu masuk jelaa, kena lintas je bukannya kena harungi lautan deras lautan api , padang pasir  ke apa. Masuk balik keretaa pegi lah tempat yg mama nak pergi, adik aku dorang ni dah lama dah tidur. Mula mula yang pompuan tu sandar dekat adik yg laki, yg adik laki tu sandar dekat bahu aku, wehh aku nak sandarkan apa.? Ah takde takde aku sandar je dekat kepala amrie. Haha baru ada tempat landing. Dah sampai tempatnya nak tahu tak ya allah aku dah menyirap je dari tadi kan, haha takde ah action je. Actually bukak je kedai tuu. Memang susah pun nak cari parking sebab ada pasar malam. Mama tulaa nk jugak makan sini. Okay layan bukan aku yangdrive pun. Dah malas aku nak type yang adik aku asyik tanya jee. Mesti korang pun dah bosan kan? haha  lol.  Dah turunn tu cari ah tempat makan aku ikutt jelaa. Dah ngantok gila dok, kalau kedai ni ada sediakan katil dah lama aku terlentang dekat situ jugak tanpa segan silu. Haha teruk perangai. Kedai dia sebelah sbelah so mcm panjang lah kan, masa nak jalan tuu aku dah malas nak bukak mata. Ngantok gila bhaii. Pastu ada budak laki ni tengok aku mcm dalam hati dia cakap *apa punya pompuan laa, nak makan pun malas macam nak tidur* pastu pandang aku atas bawah eh. Pehh pehh aku pun badi jelaa dia. Dalam hati aku mcm nak baling bom atom je dekat meja makan dia. Kalau aku bom kedai ni mesti sorang pun takde yang selamatt. Aku rasa aku pun mati sekali HAHA. 
Tetiba dalam aku tengah panas dgn budak laki tuu, hati aku lagi panas bila family aku masuk kereta balik, eh masuk balik? Pahal pulak nihh >< dorang kata mcm takde makanan yang nak dimakan. Aku tengok ada je semuaa. Layan ah layann. Lastlast pegi jugak yg dkat depan masjidd tuu. Memang patut pun mama taknak makan sini. Dah laa tak sedap steamboat dia rasa apa tahh. Tapi dia tulis Yong Tau Fu. Chopp. *sejak bila aku main kejar kejar  ni *  Apa beza steamboat dgan Yong Tau Fu?  Yang tu aku tak pasti yang aku pasti benda tu makanan. Sate pun tak sedap, mee goreng pun tak sedap. Senang cerita semuaa laa. Aku makan mcm nak taknak je. Sate tuh aku makan satu je sebab tuh pun baba yang suruh makan. Aku mmg dah tahu tak menyelerakan sungguh sate tuu mcm dah kena panggang 45 kali dia punya warna tuu. Dah balik tu pun adik aku still tanya lagi, nak pergi mana maa? Mama pun tengok muka dia dalam dalam cakap baik baik, nak balik rumah, lepas tu tengok tv, dah tengok tv, tidur, esok pepagi bangun. Ohh. Dia berhenti bertanya. 




PERFECT CONCLUSION : Budak kecik memerlukan jawapan yang complete untuk soalan yang  simple. 

No comments :

Post a Comment