Mencari rezeki? Sejak bila aku kerja? Memang nak kerja
pun nak beli iPhone haha beriaa kan? hekeleh biar laa :b Mana lahh orang nk amik
keje dgn orang mcm aku ni. Sekali tengok ketinggian je dah kena reject enn. Dah
la bawah umur nak kerja apa pun tak tahu. Tapi aku ada pengalaman okay kerja
dekat bazaar ramadhan. Bapak penat doww. Dah ah penat ramai orang pulak tuu.
Tak fikir pulak kan dari petang nak tunggu buka puasa , dekat situu je semata
mata nak tunggu orang datang beli. Susah
aww nak cari rezeki ni. Tengok mcm senang, alaa setakat jual jual je apedehal.
Padahal susah kott. Dah la memenatkann. Time puasa pulak tuu. lagi ah banyak dugaan.
Semalam masa aku
tengah feeling feeling baca novel dekat bilik tetiba adik kecik aku tuu datang.
Dia kata, *eyfaa baju makan* Haa? Kau suruh makan baju ke? Tak lahh baju pakai
makan. Pebende kau dikk bebual. Dia terus ckp dgn mak aku, aku taknak ikut. Oh
baru lahh aku tahu dia suruh aku siap
siap tukar baju lepastu pergi makan. Alahaii budak kecik ni, cakap pun tak
betul.
Dah siapsiap tuu aku pun keluar lah. Mcm biasa setiap
kali nak keluar mesti aku yg paling lambat, yang paling lembab sekali, orang
yang kena tutup tv kipas lampu atas bawah semua. Haa aku pun pelik. Aku bukan
makeup pun. Pakai tudung bawal pun lambat. Pin muka je kott dah siap. Haihh
ntah laa. Pastu masa aku nak cari kasut tengok family aku semua dah dalam
kereta. Aku cari cari kasut flat aku takdee! Ada pun satu je yang aku tengah
pakai. Lagi sebelahh manaaa. Woi kasut jangan lah kau buat hal. Come to Mamaaa!
Dah la aku paling lambat pastu kasut sebelah pulak takdee. Masa ni baru aku
terfikir, eh mana selipar aku ek? Dah lama tak
Nampak -.- last pakai pun tak tahu bilaa. Aku rasa ada orang rembat laa.
Tapi takkan ah selipar je dia amik. Dah la biar selipar tu mmg dah buruk pun
memang patut hilang mcm tu jeh. So now
nak pakai apa? Takkan pakai kasut flat sebelah je? Tengok dekat tempat rak
kasut tuu ada wedges aku. Hang gilo nak suhh aku pakai wedges nak pegi kedai
makan je. Just nak pegi melantak then balik. Takkan ah nak bersatlistaa sangat
kan. Lantak la opss stalistaa ke opss sikap ke apa. Yang penting taknak pakai
wedges memalam cenggini. Dah la bape inci tahh. Makan cheesy wedges terasa
kenikmatannya dari pakai kasut wedges yang terasa seksanya. Tanya mama ‘ ada
Nampak kasut yg ni tak lagi sebelah ‘ no responds pehh pehh. Memang kalau nak
keluar aku tanya mama mana kasut aku pegi sampai satu hari tuu mama kata * dah
laa mama malas nak cari kasut eyfa, siapa suruh
beli kasut banyak banyak *
tetiba pula emosi. apa ni maa? Eyfa beli kasut pun sebab mama yang suruh.
Dah dia suruh beli aku pulak yang kena marah sebab belambak. Dah tuu asyik hilang je
keje. Aku toleh tempat rak kasut, dari kiri kasut everlast line kelabu, kasut
line 7, which is my school shoes. Tengok sebelah dia pulak, kasut penguin warna
hitam dengan ceklatt. Kasut penguin hitam tuu sesaja je mengada suruh baba beli
sebab kalau ade mood nak pakai kasut hitam walaupun takde apa apa jawatan boleh
pakai je pegi sekolah. Lagi satu standby kasut putih semua kotor. Kasut hitam
tu memang diwujudkan untuk menjadi penyelamat rumah tangga. Ehh apa ni. Haha
penyelamat aku jelaa. Kang kasut kotor habis kena tarik dengan Mr. Ngoi -.-
tengok ah aku punya pemalas tu tahap apa sampai sanggup beli kasut hitam buat
sparepart. Takde ah kasut tuu pun bukan mahal sangat. Aku rasa antara kasut
sekolah yg paling murah. Sebab dia mcm kasut bodoh bodoh je. Tapi smart! Aku punya
sama pattern dengan kasut penguin tapi nama vlite tak silap. Usha sebelah dia pulak ada kasut boot, kasut
boot yang siap ada stud bawah dia. Tuh pun sekali sekala je pakai. Kalau ada
lawan netball time sekolah rendah dulu. Teringat pulak dekat sekolah rendah. Hm
rinduu semuanyaa! Dulu aku active ah
jugak. Sekarang langsung tak bersukan. Mcm penagih dadah, tido je tahu haha. Pastu tengok lagi ada aku punya wedges. Fikir fikir balik
kenapa tahun ni aku beli wedges ek? Sedang kan tahun lepas punya wedges pun tak
pernah pakai. Sentuh jelaa pakai bawak keluar, hang dgan membe langsung tak pakai. Pastu smpai
sekrang aku tatahu mana menghilangnya kasut wedges yang tahun lepas. Kenapa
paka iwedges? Mungkin aku baru sedar yang aku kena pakai sebab nak nampak
tinggi. Habis budak budak kelas aku tu
haa selalu sangat cakap aku katikk. Terasa mcm pendek nak mampus je. Haha nvm. Bagus eyfa pemikiran awak dah jauh ke depan.
Dah matang sekarang ni, tak sangka hikhokk.
Geledah sana geledah sini cari semua tempat takde
lastlast ada dalam bakul apa tahh. Tak lain tak bukan ni mesti keje adik akuu.
Hasihh aku bom kang! Terus kau tak dpat main dkat keluar lagi. Dia dah laa suka main dkat luar
pakai wedges aku pastu nak baling baling ehh. Hamboii ingat murah ke nak baling
baling? Banyak burukk muka kau dikk -__- Dah ada tuu apa lagi takkan dok
tercegatt dekat situ eyfa woii. Aku pun masuk ah kereta. Masuk masuk je adik
aku yg kecik tuu tanya, kite nak pergi
mana? Nak pegi makan, mama jawab. Ohh nak pegi makan eh, dia sambung. Okay
bagus jugak dia tanya. Aku boleh pastikan yang kita memang nak pergi makan
takde nak melencong tempat lain. Tetiba
baba bersuara : eh asal tak tutup lampu.
Mama : kan eyfa yang last
keluar asal tak tutup Me : lupaa ah
:3 Aku rasa perjalanan macam jauh gilaa beb. Nak tahu
kenapa? Aku pun tak tahu kenapa. Bila
tengok tengok area situ. Tempat orang
jual basikal. Rupanyaa baba nak amik basikal yang dia nak beli untuk adik aku
yg perempuan tu. Bukan basikal, unicycle actually. Padahal dekat rumah ni dah
ada 2 unicycle. Tapi tak beli dekat Malaysia,ni first time nak beli dekat sini.
Tapi tu pun ada satu je dkat kedai tu
baba cakap. Malang sungguh kerana kedai tu tak bukak malam ni. Woi dah la jauhh. Perut aku
dah berparty rock anthem dalam ni. Boleh pulak tak bukak kedai basikal ni.
Pastuu baba pun teruskan perjalanan. Mcm biasa beli engine kereta berhenti dan
tatkala baba start balik mesti adik kecik tu tanya lagi, kita nak pegi mana
baa? Aku pun tak faham kenapa dia nak tanya banyak kali sedangkan dia tahu apa
yang akan orang jawab. Pegi makann, jawab baba dengan bengangnya sebab kedai
tutup perut pun dah lapar. Masa one the way tuu ada traffic light.
Tetiba merah, dekat Malaysia ni kalau
sesiapa yang tak tahu dan nak tahu lampu merah for stop kuning bersedia untuk
berhenti. Tapi typical Malaysian menganggap kuning untuk bersedia memecutt.
Well, parents aku pun selalu buat. Memang pengguna jalan raya yang berhemah.
Merah pulakk untuk berheti. Eh merahh dah, salah salah hijau pulak untuk jalan.
Duh duhh line wifi aku ni slow laa. Maxis memang cenggini pun. Baru nak tunjuk
korang gambar taffic light. Sorry lah
tak dapat nak tunjukkan, search sendiri okay. Masa
tengah tunggu lampu hijau tu adik aku kena marah dengan mama sebab terkinja
kinja dlm kereta. Aku nak baca novel pun tak senang. Padan muka kau dikk, tu
laa ada mulut tak reti diam. Pastu nak melompat sana sini sawan apa ntah. Eh dah berhenti loading. haha lambat load betul korang ni. sama macam line internet ni.
|
This is what we call Traffict Light! |
|
Aku masih mengkaji apa nama sebenar binatang ni . |
|
Tapi yang ni pelik sikit. aku tak yakin yang ni traffic light. aku rasa ni pokok traffic light yang saintis saintis luar negara baru cipta satu kacukan baru di antara pokok christmast dgan traffic light. Aku akan update dari semasa ke semasa okay. jangan risau benda ni tak membahayakan planet kita. |
Actually ak pegi kedai yang ada dekat facebook tuu.
Pengaruh facebook sebaya, dari minggu lepas okay baba ajak makan sana tapi tak
bukak. Hari ni pun tak bukak lagi. Woi apa guna ada kedai kalau tak bukak.
Cemana anak melayu nak maju kalau kedai makanan pun tak reti bukak hari hari.
Mana pelanggan nak datang. Dekat facebook pompangpompang cite mcm sedap sangat
makanan kau. Orang datang nak rasa kau tak bukak pulakk. aku tengah lapar nyaa
lagi bertambah lapar bila kedai tuu tak bukak. Pastu daripada Mount Astin gerak
kampung melayu balik sebab nak makan
steamboat. Macam biasa adik aku menjalankan tugasnya, kita nak pergi mana ni?
Aku rasa adik memang dilahirkan untuk menanyakan soalan yang sama setiap masa.
Masa tuu semua fadeup nak jawab. Baba *awak boleh diam tak amrie pening la baba tengok awak asyik tanya benda
sama je* haa kannn kena marah lagi. Padahnya kepoh sgt mulut tuu. Zipp kejap
tak boleh eh? Erghh. Baca novel puya baca punya baca, finally! Sampai pun
tempat tuu. Tapi, tapi, tapi tak bukak doww apak ah baik balik masak mi sedap
dah kenyang dah kalau semua kedai taknak bukak malam ni baik takya keluar
makann. Kenapa tak contact aku jee kalau korang taknak bukak kedai malam ni,
takde aku kelaparan mcm ni sekali. Pastu mama kata makan dekat depan pejabat
pos lahh, You know what readers!? Adik
aku tanya soalan sama lagi. Nak pergi mana ni, muka dia tenang je bila tanya
soalan tu. Aku yang bosan dengar pertanyaan dia! Dah malas takde siapa layan
dia. pastu baba berenti dekat depan masjid. Adik aku tanya lagi, kita nak semayang eh baa?
Haha aku tersenyum. Budak kecikk ni ada je dia nak tnya. Tengok sekeliling, Aik
aikk aikkk, aku dengar pejabat pos. cemana boleh berhenti dekat masjid ni. Oh
rupanya baba kata ada pasar malam so susah nak cari parking. Tapi mama nak
jugak makan sana. Bagi aku dah berhenti tu masuk jelaa, kena lintas je bukannya
kena harungi lautan deras lautan api , padang pasir ke apa. Masuk balik keretaa pegi lah tempat yg
mama nak pergi, adik aku dorang ni dah lama dah tidur. Mula mula yang pompuan
tu sandar dekat adik yg laki, yg adik laki tu sandar dekat bahu aku, wehh aku
nak sandarkan apa.? Ah takde takde aku sandar je dekat kepala amrie. Haha baru
ada tempat landing. Dah sampai tempatnya nak tahu tak ya allah aku dah menyirap
je dari tadi kan, haha takde ah action je. Actually bukak je kedai tuu. Memang
susah pun nak cari parking sebab ada pasar malam. Mama tulaa nk jugak makan
sini. Okay layan bukan aku yangdrive pun. Dah malas aku nak type yang adik aku
asyik tanya jee. Mesti korang pun dah bosan kan? haha lol. Dah turunn tu cari ah tempat makan aku ikutt
jelaa. Dah ngantok gila dok, kalau kedai ni ada sediakan katil dah lama aku
terlentang dekat situ jugak tanpa segan silu. Haha teruk perangai. Kedai dia
sebelah sbelah so mcm panjang lah kan, masa nak jalan tuu aku dah malas nak
bukak mata. Ngantok gila bhaii. Pastu ada budak laki ni tengok aku mcm dalam
hati dia cakap *apa punya pompuan laa, nak makan pun malas macam nak tidur*
pastu pandang aku atas bawah eh. Pehh pehh aku pun badi jelaa dia. Dalam hati
aku mcm nak baling bom atom je dekat meja makan dia. Kalau aku bom kedai ni
mesti sorang pun takde yang selamatt. Aku rasa aku pun mati sekali HAHA.
Tetiba dalam aku tengah panas dgn budak laki tuu, hati
aku lagi panas bila family aku masuk kereta balik, eh masuk balik? Pahal pulak
nihh >< dorang kata mcm takde makanan yang nak dimakan. Aku tengok ada je
semuaa. Layan ah layann. Lastlast pegi jugak yg dkat depan masjidd tuu. Memang
patut pun mama taknak makan sini. Dah laa tak sedap steamboat dia rasa apa
tahh. Tapi dia tulis Yong Tau Fu. Chopp. *sejak bila aku main kejar kejar ni * Apa
beza steamboat dgan Yong Tau Fu? Yang tu
aku tak pasti yang aku pasti benda tu makanan. Sate pun tak sedap, mee goreng
pun tak sedap. Senang cerita semuaa laa. Aku makan mcm nak taknak je. Sate tuh
aku makan satu je sebab tuh pun baba yang suruh makan. Aku mmg dah tahu tak
menyelerakan sungguh sate tuu mcm dah kena panggang 45 kali dia punya warna tuu.
Dah balik tu pun adik aku still tanya lagi, nak pergi mana maa? Mama pun tengok
muka dia dalam dalam cakap baik baik, nak balik rumah, lepas tu tengok tv, dah
tengok tv, tidur, esok pepagi bangun. Ohh. Dia berhenti bertanya.
PERFECT CONCLUSION : Budak kecik
memerlukan jawapan yang complete untuk soalan yang simple.